Ikatan dalam model atom kiub Atom kiub

Ikatan kovalen tunggal dibentuk apabila dua atom berkongsi satu sisi seperti dalam struktur C di bawah. Ini menyebabkan perkongsian dua elektron. Ikatan ion terbentuk melalui pemindahan elektron daripada satu kiub ke kiub yang lain, tanpa berkongsi sisi (A). Satu keadaan perantaraan B di mana hanya satu bucu dikongsi juga dipostulat oleh Lewis.

Ikatan ganda dua terbentuk melalui perkongsian satu muka antara dua atom kiub, lantas menyebabkan perkongsian empat elektron:

Ikatan ganda tiga tidak boleh dihasilkan oleh model atom kiub kerana tidak ada cara untuk dua atom kiub berkongsi tiga sisi selari. Lewis mencadangkan bahawa pasangan-pasangan elektron dalam ikatan atomik mempunyai tarikan istimewa yang membentuk struktur tetrahedron seperti dalam rajah di bawah (kedudukan baru elektron ditanda oleh bulatan bertitik di tengah sisi yang tebal). Ini membolehkan pembentukan ikatan tunggal dengan berkongsi bucu, ikatan ganda dua dengan berkongsi sisi dan ikatan ganda tiga dengan berkongsi muka. Ia juga menjelaskan putaran bebas di sekeliling ikatan tunggal dan geometri tetrahedron metana.